Paksa LiKE Baru Boleh Baca Blog?

on Ahad, 6 Oktober 2013

Blog memang masih relevan setakat ini untuk menyebarkan sebarang berita dan info-info terkini. Jadi entri yang bertanyakan Masih relevankah blog tahun 2012 ialah tidak sesuai. Berbalik kepada tajuk, korang pernah tak bila nak tengok atau baca kandungan sesuatu blog, ada popup yang keluar yang paksa untuk like fanpage facebook dia? kalau taknak kena tunggu sehingga berapa saat? Contoh macam ni..





Mesti ramai yang dah pernah nampak bukan? Memang sangat menyusahkan, kena like dengan tidak ikhlas atau tunggu beberapa saat untuk baca kandungan blog.. bayangkan seseorang itu tidak mempunyai akaun facebook dan sangat ingin membaca kandungan blog tersebut? terpaksa mengambil masa untuk membaca blog.. kesian!



Bagi admin biarlah orang like page kita dengan ikhlas.. letaklah facebook like box tu di tempat yang sesuai.. di bawah setiap entri ke atau pun di sidebar.. jangan menyusahkan pengunjung yang bersusah payah untuk jenguk ke blog kita!



Kalau setakat 10 – 15 saat tu mungkin boleh diterima tapi kalau sampai 400 saat? macam gambar kat bawah ni..




memang confirm tutup terus la blog tu!!



P/s: maaflah yek kalau ada blogger-blogger yang marah! saya juga visitor seperti orang lain ;)
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© Belog Biru All Rights Reserved