Cara Letak/Pasang Iklan Dalam Post Entry

on Sabtu, 12 Oktober 2013

Kali ni Admin nak ajar korang cara nak pasang atau letakkan iklan dalam post entry saiz iklan jenis Large Rectangle



STEP 1

DASHBOARD > EDIT HTML


----------------------------------------------------------
STEP 2

Tekan keyboard, CTRL+F secara serentak. Copy dan paste code dibawah ke dalam pada kotak Find. 

<data:post.body/>

----------------------------------------------------------
STEP 3

Copy kod Iklan jenis Large Rectangle


----------------------------------------------------------
STEP 4

Selepas copy code iklan di step 3, paste kan code iklan di bawah code " <data:post.body/> ". Tujuan code " <center> " supaya iklan terletak ditengah dan nampak lebih kemas


Contoh :

<data:post.body/>
<center>CODE IKLAN<center>


----------------------------------------------------------
STEP 5

Klik Preview dan Save jika tiada sebarang error SAVE terus..^_^

Ya Allah.. Bayi 10 bulan maut di langgar kereta ibunya

on Rabu, 9 Oktober 2013



Sedih! Bayi 10 Bulan Maut Di Langgar Kereta Ibu | Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan menuju ke belakang kereta.Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad kecemasan. - UTUSAN

10 Penerbit Beli 5,000 Tiket KL Gangster


Seramai 10 penerbit filem bumiputera mengambil inisiatif dengan membeli sebanyak 5,000 keping tiket filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap karya berkenaan yang telah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan di pawagam.

Penerbit Eksekutif Nusa Bakti, Isma Liza atau Isma AF berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay bermula Khamis ini untuk pembeli tiket bertuah di seluruh Malaysia.



Yusof Haslam (tengah) mendapat sokongan para penerbit selepas filemnya,
KL Gangster2 dicetak rompak.
"Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul 5,000 tiket dan ia akan diberikan kepada penonton bertuah.

"Jika mereka ingin dapatkan sekeping tiket percuma mereka perlu membeli dua tiket filemKL Gangster 2, " katanya pada sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Antara penerbit filem yang terlibat adalah Datuk Yusof Haslam selaku penerbit KL Gangster 2, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim dan Mohd Nor Kadir.

Setakat Selasa lalu, filem berkenaan telah berjaya mengutip RM3.5 juta hanya selepas lima hari ditayangkan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, sokongan yang diberikan rakan-rakan terhadapnya disifatkan sebagai penyatuan mereka untuk menentang cetak rompak yang semakin berleluasa.
Malah kata Yusof, ia adalah sebagai satu suara untuk memastikan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut.

"Isu cetak rompak bukan sesuatu yang baharu tetapi respons daripada kerajaan agak perlahan dalam isu ini.

"Ia mungkin terjadi kepada filem saya sekarang tetapi adakah perkara ini tidak akan berulang kepada penerbit lain," ujarnya.

Bagaimanapun kata Yusof, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan rakan-rakannya dan ia menandakan semua penerbit di negara ini bersatu hati.

"Ia bukan sekadar sokongan tetapi kami akan lebih aktif dalam merancang pelbagai aktiviti bagi memperluaskan suara kami sebagai penerbit.

"Malah kami akan sedaya upaya untuk mengesan dalang yang menyebarkan filem berkenaan secara haram," jelasnya.

Sementara itu, Norman yang mewakili KRU Studios berkata, pihaknya akan membantu Skop Production dalam menjual filem berkenaan di peringkat antarabangsa selepas melihat filem itu berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran global.

Malah kata Norman, pihaknya akan membawa filem berkenaan ke beberapa festival filem seperti di Berlin, Cannes dan Los Angeles.

"Ini bukan pengakhiran kepada KL Gangster 2 kerana ia baru bermula dan filem ini berpotensi di peringkat antarabangsa," jelasnya.

Jam Tangan Mengira Waktu Ajal Dicipta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati.




Kini terdapat sejenis jam tangan yang bukan sahaja meramal tarikh kematian seseorang tetapi mengira detik waktu tersebut.






Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.

Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut.

Gajet yang juga dikenali sebagai ‘jam tangan kematian’ itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.

“Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna,” kata Colting.”Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada,” tambahnya.

Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.

Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188)

Cara Daftar Google Adsense Melalui Youtube

Cara Daftar Google Adsense Melalui Youtube, Berikut sebuah tutorial langkah demi langkah mendaftar google adsense melalui youtube, youtube bisa menjadi alternatif untuk mendaftarkan diri sebagai publisher agar mendapatkan uang, karena cara daftar dengan youtube relatif lebih mudah ketimbang melalui blog, walaupun Akun Google Adsense kita nantinya akan terbatas, tetapi cukuplah daripada tidak sama sekali.

Bagaimana cara mendaftarkan Google Adsense melalui Youtube tanpa blog :

1. Buatlah akun Gmail baru agar lebih mudah (jangan menggunakan email yang pernah ditolak).

2. Lalu silahkan daftar ke Youtube.com

3. Uploadlah 1 video atau lebih dari satu makin bagus, tapi yang original punya milik anda yang belum pernah di publish, (saya upload video tentang ayam yang sedang tarung sob) silahkan boleh yang lainnya, video kucing atau apalah yang penting menarik dan tidak memiliki Hak Cipta.

4. Silahkan masuk ke link ini >> http://www.youtube.com/account_monetization



Klik  "Aktifkan Akun Saya" kan ada syarat dan persetujuannya silahkan setujui sob.

5. Kalau sudah, lihat bagian atas klik tombol anak panah di sebelah tombol upload lalu klik "Mengelola Video":


6. Dan akan melihat halaman seperti dibawah ini klik saja "Setelan Saluran >> Monetisasi >> - Bagaimana saya akan dibayar? >> Lalu "mengaitkan akun AdSense"



7. Berikutnya "Klik Berikutnya/Next"

8. Akan diarahkan ke halaman konfirmasi pilih "Ya, Lanjutkan Masuk Akun Google"




9. Lihat gambar dibawah ini, Bahasa konten pilih inggris >> Beri juga tanda ceklist untuk persetujuan >> Klik >> Lanjutkan



10. Lanjutkan ke pengisian data : Pilih negara : Indonesia >> Pilih Perorangan/Individual, dan jangan lupa untuk mengisikan data dengan benar terutama Negara dan Nama karena ini tidak bisa dirubah.


Kalau sudah "Kirim Permohonan saya"

Tunggu email pemberitahuan dari Google Adsense, jika ada email "Congratulations your Adsense has ben Approved" berarti akun berhasil disetujui dan silahkan login ke google.com.adsense >> bisa memasang iklan.
Kalau masih ditolak jangan berkecil hati dan coba lagi jangan nyerah.... :)

Perlu diketahui bahwa mendaftar Adsense melalui youtube kita akan memiliki akun yang terbatas, yaitu kita tidak dapat menampilkan iklan pada blog selain Blogspot, sekalipun blogspot berdomain Custom iklan tetap tidak akan muncul, karena iklan hanya akan muncul di Youtube dan Blogspot tanpa domain, jadi gak perlu bingung kalau iklan dipasang di blog lain seperti wordpress dan lainnya tidak muncul.

Bagaimana agar bisa muncul di blog selain blogspot misalnya Wordpress atau diblog bercustom domain, caranya harus mengirimkan Domain / blog yang akan dipasang iklan tersebut untuk disetuhjui ulang. caranya


Masuk ke Account Setting >>
Lihat bagian bawah "Mengelola Situs" >>
Masukkan situs yang akan diajukan misalnya ; www.namadomain.com
Dan klik kirim, dan tunggu email persetujuan dari Adsense, jika disetujui maka sudah bisa memasang iklan disemua situs.
Apabila masih ditolak, iklan masih aktif diblogspot dan youtube saja, perbaiki situs dan bisa mengajukan ulang situs

Selamat mencoba mendaftar Google Adsense Dengan Youtube semoga berhasil sob.....!!!

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof?

on Selasa, 8 Oktober 2013



Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2 Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media & ini termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.

Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.

“Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL




Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2.




Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.

Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.





Subhanallah! Inilah Cara Rasulullah SAW Berwuduk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya mungkin anda semua dah sedia maklum bagaimana hendak mengambil wuduk dengan betul.





Kali ini mari kita lihat pula bagaimana cara Rasulullah SAW berwuduk. Video di atas menunjukkan Syeikh Khatri menunjukkan cara Rasulullah SAW berwuduk seperti yang di perturunkan kepadanya oleh gurunya dengan rantaian (sanad) tanpa putus terus kepada Nabi SAW.. semoga Allah merahmati beliau..

#Alhamdulillah.. semoga bermanfaat kepada semua.. insyaAllah :)

Sumber
 
© Belog Biru All Rights Reserved